πππππππ πππ
Tau kan, peluk anak-anak adalah suatu nikmat yang tak ternilai dan tak semua orang ada peluang peluk anak-anak setiap hari. Sebab tak semua orang ada rezeki untuk peluk anak setiap hari.
Kenapa nikmat?
Sebab dengan pelukan, getaran atau gelombang dari badan ibu akan dirasai oleh anak dan akan wujud bertukaran cas-cas dari ibu kepada anak dan sebaliknya.
Proses ini boleh beri kesan "tactile sensation" kepada ibu dan anak. Ini akan memberi anak dan ibu berasa tenang dan relax.
Akan wujud perasaan "kasih dan sayang" antara ibu dan anak disebabkan terdapat hormon happy (dopamine) dan hormon cinta (oxytocin) dikeluarkan dari badan bila ibu dan anak dalam keadaan tenang dan relax.
Bila dah relax dan tenang, maka "bonding" antara ibu dan anak semakin kuat. Anak akan lebih sayang pada ibu, jika setiap hari adanya pelukan dan ciuman dari ibu.
Anak lebih PERCAYA dan lebih YAKIN dengan ibu dan diri sendiri sebab sudah terbentuk motivasi secara separa sedar
Bila anak dah percaya dan yakin dengan ibu, ibu boleh secara perlahan-lahan nasihatkan anak untuk buat perkara yang positif.
Sumber daripada : Dr Izaza Mohd Zan