Arif sekeluarga merancang untuk pergi berkelah. Sejak awal pagi lagi, mereka sudah bersiap-siap. Namun, sesuatu yang tidak diduga berlaku. Mereka sekeluarga ditimpa masalah. Ayah, ibu, kakak dan adik Arif masing-masing menghadapi masalah. Arif berusaha membantu menyelesaikan masalah mereka.
Apakah masalah yang dihadapi keluarga Arif? Bagaimana Arif mampu membantu menyelesaikan masalah itu? Mahu menjadi bijak seperti Arif? Jom baca buku ini sehingga tamat!