PENGENALAN

Sejarah Kids Prima

Kids Prima bermula pada tahun 2008 dengan menerbitkan karya kompilasi daripada majalah Pa & Ma. Seterusnya menerbitkan pelbagai jenis buku cerita sebagai bahan bacaan kanak-kanak.

Pada tahun 2015, Kids Prima menerbitkan Projek #100Buku yang menampilkan 100 judul buku bergambar kanak-kanak yang bertemakan moral dan nilai-nilai murni. Penasihat projek ini adalah Tuan Yusof Gajah yang merupakan seorang penulis juga pelukis buku kanak-kanak yang terkenal di Malaysia dan luar negara.

Kids Prima turut menjalinkan kerjasama dengan penerbit animasi popular Didi & Friends pada tahun 2016. Sekali gus membuka ruang dengan penerbit animasi yang lain seperti Omar & Hana, Ummi, Ceritalah Pada Kami, SuperSquad dan Chichi & Chacha.

Sehingga kini, Kids Prima telah menerbitkan lebih daripada 300 judul buku kanak-kanak untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tedi (beruang comel) diinspirasikan daripada maskot Jualan Gudang Karangkraf 2019 dan dijadikan sebagai ikon Kids Prima.

Tagline ‘Teman Terbaikmu’ menjadi pilihan supaya ibu bapa dan juga anak-anak menjadikan Kids Prima sebagai sumber ilmu pengetahuan.

Kids Prima, pilihan buku kanak-kanak terbaik!

Visi Kids Prima

Menjadi penerbit buku kanak-kanak yang relevan dalam mendidik dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan mengenali dunia buku.

Misi Kids Prima

  • Menyediakan produk yang berkualiti yang bersesuaian untuk kanak-kanak.
  • Membangunkan konten selaras sumber dan teknologi.
  • Memastikan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.

Tagline : Teman Terbaikmu

BESTSELLER
KRAF KREATIF TEDI